Macam mana nak pergi bandar raya KL dari KTM UKM, Bangi? ~ FSR Homestay Bandar Baru Bangi

Monday, January 23, 2017

Macam mana nak pergi bandar raya KL dari KTM UKM, Bangi?

Macam mana nak pergi bandar KL dari KTM UKM, Bangi?


Kalau anda nak tahu, ramai student, lectrurer, dll hanya menaiki KTM untuk pergi ke pusat bandar pada hujung minggu atau musim cuti.

Okay, jika anda pilih untuk menaiki komuter, anda harus beli tiket anda. 


Ke mana destinasi tujuan? Haa... ini yang perlu anda tahu. Pilih Destinasi tujuan anda kepada (Contoh) "Bank Negara". Dan bayar harga tiket anda. Selepas itu anda tunggulah di platform yang disediakan. Bila tren dah sampai, naiklah sehingga sampai ke tempat tujuan anda iaitu BANK NEGARA . Senang kan? 

Macam saya, lagi suka jalan - jalan bandar raya menaiki LRT.. elak dari jem. 

Bagi mereka yang datang menaiki Bas... anda boleh turun bas di TBS dan dari TBS boleh menaiki KTM pilih destinasi KTM, UKM 


Terminal Bersepadu Selatan terletak di jajaran 4 pengangkutan awam utama. Bas, Klia Transit, KTM Komuter, dan juga LRT (dulu dikenali sebagai STAR LRT).

Berikut adalah antara perkara yang boleh di lakukan kedika di dalam komuter:
  1. Tidur – Ini paling mudah nak lakukan waktu dalam komuter. Tapi sebelum tidur pastikan set alarm la, kang terlajak susah plak. pernah sekali terlajak, tapi tak perlu risau, terlajak komuter boleh tukar komuter di stesen berikutnya.
  2. Baca buku – Kalau korang bukan jenis ulat buku pun mesti boleh jadi ulat buku. Mulakan dengan membaca surat khabar atau majalah. Lama2 mesti nak try baca buku2 tebal mcm buku cerita, motivasi dan sebagainya.
  3. Web surfing – Dengan kemajuan teknologi harini, semua orang ada smartphone. Web-surfing is one of the ways to kill your time ðŸ˜‰
  4. Layan Chit chat – Selain web surfing, korang boleh juga kill the time dengan layan WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
  5. Berborak dengan orang sebelah – Mungkin susah sikit kalau korang pemalu nk sembang ngan orang yang kita tak kenal untuk pertama kali. Tips, mulakan dengan senyuman. .
  6. Bernyanyi di dalam komuter. Tidak digalakkan nanti masuk Berita TV3 :D
  7. Berzikir / Membaca al-Quran – Kalau korang menaiki komuter pada sebelah pagi, akan biasa dengar penumpang lain membaca surah al-Quran ataupun berzikir. Kita biasanya akan terikut sama. Indahnya Islam ðŸ™‚
  8. Main game – Kalau main game, memang cepat masa berlalu. Tapi jarang main game dalam komuter. Salah satu sebabnya adalah tak nak bateri phone kong. 
  9. Update blog – Kurang selesa sebenarnya update blog dalam komuter. Terutamanya dengan menggunakan smartphone. Biasanya buat draft untuk apa yang nak tulis. Kemudian olah semula draft tersebut dekat laptop. Tangan lebih selesa menaip di atas keyboard ðŸ™‚
Banyak kan sebenarnya yang boleh di buat semasa dalam perjalanan menaiki KTM Komuter? Jadi jangan kata bosan naik komuter.
Jom banyakkan menggunakan pengangkutan awam, banyak duit kita boleh jimat, banyak masa kita boleh manfaat.
Terima Kasih sudi membaca. Jangan lupa #FSRHomestay 

0 comments:

Post a Comment