Pilihan
untuk makanan western:
(i) Red Card Cafe
Jln. Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
BBB
Pilihan no.1 saya setakat ini untuk western
food. Pelbagai pilihan pasta yang confirm tidak mengecewakan.Kalau teringin nak
makan spaghetti mesti pegi sini. Steak &
grill pun sedap. Suasana cosy dan sesuai untuk seisi keluarga.
(ii) Austin
Steakhouse
No. 55GF, Jln Kajang
Impian 2/1,
Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Pelbagai jenis steak
dengan harga yang amat berpatutan. Rasa pun sedap. Yang menarik di sini ialah
pilihan jus buah yang fresh, gelas besar dan murah. Dekorasi ala-ala
koboi.
(iii) Wadihana Islamic Steakhouse
Jln. Medan Pusat Bandar 2D,
Seksyen
9, BBB
Selain steak dan menu western yang biasa, kat
sini specialnya ada pizza yang memang dibakar sendiri di relau yang dibina khas
dalam restoran ni. Kalau nak pizza yang ada kelainan, boleh la cuba.
(iv) Little White Cafe
Jln. Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen
9, BBB
Suasana eksklusif dekorasi english
style dan rasa macam kat rumah. Sesuai untuk yang nakkan privacy. Variasi
menu western dan dessert. Kek kat sini menarik.
(v) @grills Restaurant
No 50 Jalan Medan Pusat 2C,
Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi
Pelabagai
makanan western yang enak. Rasanya specialty kat sini steak yang dimasak just
nice dengan sauce yang memang match. Enak sekali! Makanan lain ada pelbagai
jenis pasta dan burger yang dihidang dengan cara tersendiri. Ambience dan deco
restoran ni pun menarik. Selesa dan sesuai untuk family atau makan besar dengan
member2!
@grills
Restaurant Bangi
0 comments:
Post a Comment